20 Dec 2012

Cara2 Nak Ber BBT (Body Basal Temperature)



Thermo Digital 2 digit

Thermo Digital 1 Digit
  • mula2 sekali mesti ada thermometer, kalau takda kena beli lah..kat watson, guardian dengan harga RM12-RM30 bagi yg 1digit titik perpuluhan.Sebaiknya gunakan yang digital dan adalah lebih bagus yang specific untuk BBT  sebab  lebih tepat kerana mempunyai 2 digit selepas titik perpuluhan. Kalau nak pakai Thermo yg guna raksa tu pun boleh juga…tp maybe tak accurate la..coz sebelum guna kena goncang lagi supaya raksa tu kembali ke tempat asalnya..
  • mulakan ambil suhu pada hari pertama datang period. Hari pertama (cd1) biasanya diambil kira bila darah period dah flow bukan spotting. Kalau Spotting tak di kira sebagai period lg tau…ada dua cara nak amik suhu ni...first amik suhu melalui vagina dan kedua amik suhu dekat bawah lidah..sy prefer pakai cara yg kedua coz lg senang.
  • ambil suhu sejurus bangun tidur sebelum lakukan sebarang aktiviti termasuk bercakap. Celik jer biji mata terus sumbat thermo kat mulut..hehe.. Dan sebaiknya thermo diletakkan berdekatan dengan tempat tidur, supaya mudah nak ambil. Sy selalu letak bawah bantal…senang nak amik…
  • pastikan tidur yg cukup sekurang2nya 3 jam dan cuba disiplinkan diri untuk ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari. Paling senang set alarm supaya senang nak bangun. Tapi kalau setakat terawal atau terkurang setengah jam, suhu masih boleh diguna pakai.
  • Kalau tertinggal sehari tak amik suhu…takpa la…kalau berhari2 pulak tertinggal nak amik suhu.patern graf BBT akan jadi tak accurate. Ye la dah byk lobang2.
  • Kalau masa amik suhu tu korang demam. Suhu yang korang amik masa tu tak termasuk dalam Body Basal Temperature dah namanya suhu asas badan kan…so kalau demam suhu demam la..hehehe
  • Semasa korang amik suhu tu..korang kena pantau vaginal discharge jugak atau lebih dikenali sebagai Cervical Mucus..sebab ianya boleh membantu korang mengenal pasti hari ovulasi.
  • Terdapat 5 jenis cervical mucus yang harus dikenal pasti dan dicatat:
    Dry= kering
    Creamy= berwarna agak keputihan dan likat seakan mayonis
    Sticky= berwarna jernih tapi melekat2 seakan gam
    watery= struktur yang agak cair dalam kuantiti yang banyak
    Eggwhite= berwarna jernih, seakan putih telur dan boleh diregangkan beberapa cm tanpa putus 
  • Cara untuk mengenal pasti cervical mucus. selepas buang air dalam toilet, gunakan tisu untuk lap vagina. Perhatikan struktur, kuantiti juga warna cervical mucus tersebut. Ataupun boleh guna jari yang bersih dan masukkan dalam vagina. Ceduk sikit cervical mucus untuk diperhatikan. Elakkan check cervical mucus sejurus selepas bersama suami untuk mengelakkan kekeliruan diantara cervical mucus atau lebihan semen sekurang2 nya kena cek after 10 jam selepas bersama dgn suami.


Credit To : Kelab BBT Ratu HAti

 Next Entry : Pasal Fertility Friend pulak

4 comments:

  1. heemm...very good info for ttcians...hai...slam perkenalan..me from lahad datu...

    ReplyDelete
  2. salam
    terima kasih utk info yg detail bg saya. baru nak try bbt lps ni insyallah.

    ReplyDelete
  3. daffodils...sama2...lets enjoy the bbt...Gud Luck dear

    ReplyDelete

My Husband Job.

Hai... Terima kasih sudi baca. Soalan lazim pada para isteri selalu selain anak berapa orang mesti risik laki kerja apa kan..?? Sy se...