28 Nov 2017

A GREAT LOSS

24 November 2017

A Great Loss 

Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang yang pernah ada dalam jalur masa hidup kita. Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia.

Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Sedangkan kita rasa kehilangan seorang sahabat apatah lagi keluarga arwah yang tinggal sebumbung. Semoga keluarga arwah tabah atas ujian ini. 

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu). 

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati.. 


Arwah adalah seorang ketua yang berdedikasi, sentiasa memberi komitmen pada tugasnya sentiasa bersama-sama ketika menghadapi saat jatuh dan bangun dalam setiap tugas. Gelagatnya yang sentiasa menghiburkan hati semua orang amat di senangi sentiasa akan menjadi kenangan untuk kita titipkan doa buat arwah.


Allayarham Rosli Wasli

Perginya seorang Sahabat dan kehilangan yang amat berharga buat PKK Beaufort. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Nukilan Kata-Kata daripada ( En Zamani )

Melangkah dia segak berdiri,
baliknya dia kaku dan sepi..

Kelmarin bersama ke sana ke mari,
esok lusa seterusnya tiadalah lagi..

Mendapat khabar dia pergi,
seperti mimpi rupanya realiti..

Rupanya Allah lebih menyayangi,
diambil semula RW kembali..

Di hari Jumaat dia pergi,
adakah kita juga begini..

24 November takdir Illahi,
Perginya RW tidak kembali..

Pilu rakan dan taulan terakhir kali,
Buat Sahabat yang kita hormati..

Dengan senyuman jenazah bersemadi,
semoga arwah dirahmati Ilahi..

Dalam kenangan
Al-Fatihah buat Allahyarham Rosli Wasli

a.z.a.h
25.11.2017 /1.17am



No comments:

Post a Comment

My Husband Job.

Hai... Terima kasih sudi baca. Soalan lazim pada para isteri selalu selain anak berapa orang mesti risik laki kerja apa kan..?? Sy se...