BERHUTANG DENGAN ANAK-ANAK

hai..... Sebenarnya aku nak mencoret pasal tajuk kat atas ni.... Hutang dengan Anak??? ya...memang ada sebagai ibu bapa yang bekerja aku sebenarnya banyak hutang dgn anak aku... Hutang CINTA...Hutang KASIH SAYANG dan Hutang PERHATIAN pada anak aku... Bila balik kerja al maklumlah penat tak usah cakap lah dengan perut memboyot lagi... nak kena layan anak nak tengok si kecik tu merayap ntah ke mana... dan bila tiba dah tahap geram sebab asyik nak bangun ambik dia jer mula lah suara aku ni nak tinggi..nada berubah jadi nada yang geram...padahal anak tu tak faham pun dan  tak mengerti pun apa yang kita bebel...bila dia menangis dan takut dengan suara maknya macam mak singa dia takkan lari kat siapa2 juga...mesti datang dkt maknya minta peluk dan ditenangkan... begitu besar rasa CINTA dan KASIH SAYANG dia dekat ibu bapanya kan..walaupun dah kena marah... rasa bersalah sangat2 dgn Rayyan....




Bila dia dah tidur nyenyak.... kadang2 sebak rasa bila tgk anak... tetiba terlintas dkt fikiran...Anak ni Amanah Allah... dipinjamkan oleh Allah utk kita...bila2 masa jer Allah nak ambil balik.... tak dapat bayangkan macamna hidup aku tanpa Buah Hati ku ni.... semoga Allah sentiasa lembutkan hati dan percantikkan tuturku pada anak2 kelak... aku tak nak anak aku membesar dgn rasa dendam...
Emosi bebenor bila bab Anak...4 tahun aku tunggu anugerah ni takkan aku nak sia2 kan... sebagai ibu bapa byk lagi yang aku perlu pelajari... byk lagi kelemahan aku... semoga Allah sentiasa membimbing aku....Amin....

Rayyan..
Mama syg sgt dgn Rayyan
Maafkan Mama sebab byk sgt hutang mama dgn Rayyan...
Lepas ni InsyAllah Mama cuba elakkan supaya takda hutang dengan Rayyan lagi
Takpa lah penat lelah tu belakang kira kan Nak....






Seronok tengok anak Happy kan....

Bila tengok gambar anak ni...tak sabar nak balik,,,nak pelok cium gomol anak ...

Buat Ibu2... ingatlah maybe kita ada hutang dkt anak2 kita...cuba2 kenangkan balik Ya...



Comments

Popular Posts