11 Mar 2015

Pertussis / Batuk Kokol (Whooping Cough)

Hari ni tergerak hati utk sharing pasal Batuk Kokol (Pertussis Cough)..Sebab Anak Sy Rayyan pernah menghidap penyakit ni masa umur dia sebulan. Sangat Menguji sy pada saat tu sebab penyakit tu sangat bahaya pada baby dan lebih menyedihkan lagi baby yang kena penyakit ni akan rasa amat sakit ketika batuk sampai muka dan bibir jadi biru sebab kurang oxy..nak kenangkan balik masa tu..saya amat bersyukur sangat sebab Allah bagi ujian ni untuk buat sy lebih kuat dan tabah even masa tu sy masih dalam tempoh berpantang..and now sy lebih alert dengan sebarang  perubahan pada anak. So ibu2 sekalian jangan pandang remeh dengan batuk selesma walaupun korang rasa benda tu biasa2 jer...ambil tindakan awal adalah lebih baik. Kesian dgn Anak tau... Sob..sob.. sob

Rayyan Batuk lebih dari 3 Bulan bermula dari fasa tak berapa teruk, fasa teruk dan Sangat teruk..penyakit ni ambik masa nak sembuh ada yang batuk dalam 2 bulan dah ok tapi anak sy lebih dari 3 bulan, terpksa ambik Cuti Tanpa Gaji menjaga anak sakit masa tu.. Now Rayyan dah sihat dah Alhamdulillah..tapi bila dia batuk sy akan jadi takut maybe sebab trauma kot...Sebab tu jangan skip vaksin drpd Klinik anak sy tak sempat pun habiskan Vaksin Pertussis tu tapi dah kena jangkitan. Elakkan anak anda daripada di cium atau dekat dengan orang yg tengah batuk selesma sebab kita tak tau org yg tengah seronok2 cium tu sedang bawa virus apa.. habis serumah terkena jangkitan tu. Bukan nak kata kita ni sombong x bagi tgk anak kita.. tapi demi kesihatan anak..





Ini Contoh Batuk Kokol...tengok pun sengsara sangat kan..mcm ni lah Rayyan Batuk dulu...Jika tak di pantau anak boleh pengsan

Nak tau lagi detail pasal penyakit ni boleh baca ni Pertussis / Batuk Kokol (Whooping Cough)

Semoga boleh jadi Rujukan Untuk ibu2 di luar sana...

Masa ni Batuk Rayyan berada di Fasa Teruk Doktor masa tu  Diagnos Rayyan terkena Jangkitan Paru2 tapi after keluar wad batuk dia makin teruk

Seminngu buat Fisio Sedut Kahak kesian sgt kat anak

Ni Wajah sebelum admit Wad 

Sy dapat tau Rayyan Sakit Batuk Kokol ni bila sy bawa Rayyan ke Specialist Clinic Baby and Child memang kosnya agak mahal cecah 1 K juga bila di kira semua..demi kesihatan Rayyan nyawa pun ku taruhkan juga... Sy bawa Rayyan jumpa Dr Chan dekat KLINIK DR CHAN YUE SUN Boleh tgk detail nya dkt SINI 

Alhamdullillah Rayyan Sihat selepas tu.. 

Ibu..Ibu...Please ya anak demam, batuk dan selesma jangan ambik mudah...jangan lambat2kan rawatan. Tak kisah klinik swasta ke kerajaan ke...yg penting buat tindakan awal,,

Ingat ya...


No comments:

Post a Comment

My Husband Job.

Hai... Terima kasih sudi baca. Soalan lazim pada para isteri selalu selain anak berapa orang mesti risik laki kerja apa kan..?? Sy se...