15 Dec 2017

My Husband Job.

Hai... Terima kasih sudi baca.

Soalan lazim pada para isteri selalu selain anak berapa orang mesti risik laki kerja apa kan..?? Sy selalu di tanya.

"Arni laki ko keja apa? "
Sy akan jawab dgn senang hati. 
"Laki sy anggota JPAM"
Then dgn muka 'Meh'
"Ohhh kerja tangkap ular"

Yes.. Kerja diorang mmg akn berdepan dgn kes2 ular, kes yg berkaitan dgn keselamatan dan kesejahteraan org awam.  Orang selalu pandang sinis pada kerja2 mcm ni, malah di pertikaikan lg.. 

Sy bangga dgn kerja suami sy,  di saat usaha beliau dan rakan2 utk memastikan org awam selamat,  anak2 dan isteri trpksa menunggu kepulangannya berhari2. Balik pun sebab rindukan anak2. 

Sampai Rayyan Cakap
"Bapa janganlah kerja lagi"
Hati mana x tersentuh kan. Tapi demi tanggungjawab pada yg lebih memerlukan khidmat beliau trpksa di utamakan. Bukan Suami sy sahaja malah ada yg masih menyusukan anak trpksa berkorban tgglkn anak demi tugas. 

Sy faham akan tugasnya,  sy relakan dan redha serta berdoa agar setiap langkah dan di mana jua beliau berada agar Allah sentiasa lindunginya. 

Peristiwa Banjir Membakut tahun 2015 banyak memberi kesan pada penduduk. Banjir trburuk yg pernah berlaku. Suami dan rakan setugas hampir hanyut dgn arus banjir.  

You are awesome dear

Pemandangan Banjir Disember 2017. Semoga keadaan semakin baik dan tidak berterusan. 








JPAM bukan setakat tangkap ular ja kak. JPAM adalah benteng masyarakat Awam.  Berkhidmat untuk kita semua. 

Semoga Allah sentiasa permudahkan tugas mereka and dont judge. 

We love You Bapa AG Marjohan
You are doing great job. 
We proud of you


14 Dec 2017

Rayyan Belajar Solat

Hari ini sy kongsikan aktiviti anak2 sy sepanjang sy bercuti sakit.  Sakit sebab apa tu nanti sy akan ceritakan selepas entry ni. 

Kanak2 ni sangat kreatif dan sangat luarbiasa cerdiknya. Dan mereka sangat mudah utk belajar sesuatu hanya dr melihat perbuatan org sekeliling.

Dedahkan anak dgn aktiviti yg bermanfaat.  Dan sebagai mak bapak kena jaga perangai la wei.. Haha jgn buat perangai budak2 depan anak2.  Sebab diorang mesti akan ikut. 

Dan kanak2 juga ada sifat malu. Malu bila kita tgk dia sedang berbuat sesuatu yg baik.hehe mcm Rayyan la tu. 

Rayyan Solat

Sy masuk bilik ja. Nampak Rayyan tgh sujud, lps tu bediri dan Menyebut Allahuakbar. Nampaknya Rayyan selama ini melihat apa yg ibu bapa buat dan ikut balik tanpa kita duga.

Sy tau Rayyan akan malu bila d puji.  Jadi sy buat2 diam ja la.. Rayyan siap solat.  Pura2 tanya. 

"Rayyan sdh Sembahyang? "
"Ya Yayan sdh sembahyang.. Ni yayan lipat dulu ahhh" sambil melipat sejadah. 

Bukan tu ja.. Bila Rayyan buat,  adik pun akan buat juga.. Rayyan akan jd role model utk adik Rayhan. 


Im glad to see this.  Sebab as a parent kita la yg mencorak mereka sedari kecil lg. Dan sy juga berterima kasih pada pihak Permata Membakut sebab pernah ajar anak2 Solat dan yes aktiviti2 yg sarat dgn kebaikan demi masa depan anak2.

Permata adalah langkah pertama utk membentuk sahsia anak2.  Daripada bermain mereka akan dapat belajar bnyak perkara. 

Selama 2 tahun Rayyan di Permata sangat byk perubahan positif yg ketara pada Rayyan.  Berak kencing sendiri di tnds pun sdh pandai sewal usia 3 tahun. Rayyan x pakai pampers lg la kecuali malam. 

Hehe sbenarnya byk lagi peningkatan Rayyan. Cikgu cakap yg Rayyan bagus dalam seni dan sains.  Memang sangat suka berseni Rayyan ni. 




Inilah kreatifnya kanak2 ni.. X jd marah lucu pula jadinya.. Jangan hally kalau dorg senyap.. Senyap ada makna tu..

Ini adalah capan Masker Mama.  Perlukan bakat capan mcmni?  Boleh kontek Rayyan.  

28 Nov 2017

A GREAT LOSS

24 November 2017

A Great Loss 

Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang yang pernah ada dalam jalur masa hidup kita. Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia.

Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Sedangkan kita rasa kehilangan seorang sahabat apatah lagi keluarga arwah yang tinggal sebumbung. Semoga keluarga arwah tabah atas ujian ini. 

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu). 

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati.. 


Arwah adalah seorang ketua yang berdedikasi, sentiasa memberi komitmen pada tugasnya sentiasa bersama-sama ketika menghadapi saat jatuh dan bangun dalam setiap tugas. Gelagatnya yang sentiasa menghiburkan hati semua orang amat di senangi sentiasa akan menjadi kenangan untuk kita titipkan doa buat arwah.


Allayarham Rosli Wasli

Perginya seorang Sahabat dan kehilangan yang amat berharga buat PKK Beaufort. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Nukilan Kata-Kata daripada ( En Zamani )

Melangkah dia segak berdiri,
baliknya dia kaku dan sepi..

Kelmarin bersama ke sana ke mari,
esok lusa seterusnya tiadalah lagi..

Mendapat khabar dia pergi,
seperti mimpi rupanya realiti..

Rupanya Allah lebih menyayangi,
diambil semula RW kembali..

Di hari Jumaat dia pergi,
adakah kita juga begini..

24 November takdir Illahi,
Perginya RW tidak kembali..

Pilu rakan dan taulan terakhir kali,
Buat Sahabat yang kita hormati..

Dengan senyuman jenazah bersemadi,
semoga arwah dirahmati Ilahi..

Dalam kenangan
Al-Fatihah buat Allahyarham Rosli Wasli

a.z.a.h
25.11.2017 /1.17am



12 Apr 2017

Lawatan Sambil Belajar AG Rayyan

Assalammualaikum..

Tumpang Lalu
Tumpang Lalu

Mama the AG's mau bersihkan sawang² d blog ni.  Habuk debu² berinci² sdh..

Kenapa sy tetiba update blog??  Idea trcetus bila salah seoarang dr Mama di Permata Membakut share aktiviti anaknya melalui BLOG!!  Sy x trfikir pun sebelum ni..

Why Not Mama Rayyan juga ikut jejal langkah Mama Iman. Thanks Mama Iman..

Jumaat Lepas..  Sy bawa Rayyan jumpa Dr Gigi d Klinik Pergigian Beaufort. Sebab Rayyan mengadu sakit Gigi.. 😑
Dan hari tu merupakan HARI LAWATAN SAMBIL BELAJAR untuk Rayyan la..


Ni Rayyan dgn Botol Susu Cokelat dia sambil tggu Bas kerja Mama. Hehe lagak mcm p Sekolah jugak..😂😂

Ok... bas pun Sampai.  Rayyan first time naik Bas ni.. 😁 Botol Susu tu x boleh lepas jugak..  Rayyan Oh Rayyan. Masa dalam Bas Rayyan bisik di telinga..

"Mama... Yayan Kadai.. "

Hahaha.. Rayyan ingat mau kena bawa p kedai.

"Tidak lah Nak.. Kita p Cek Gigi.. Mana Gigi Yang Sakit tu? "

Rayyan tunjuk gigi depannya yg sakit..sambil senyum².. 😅 malu lah tu.

Sampai sdh klinik Gigi.. Masa ni Rayyan tgh tgk sorang budak perempuan menangis sbb kena cabut gigi.. Rayyan pegang gigi dia sendiri..jeng jeng jeng..

Hehe masa pemeriksaan gigi sy x ambil gambar. Peraturan klinik gigi org awam x boleh ambik gmbr ketika pemeriksaan di jalankan. Hehe

Yg bestnya.. Dr gigi pndai pujuk Rayyan tunjuk gigi yg sakit. Gigi Rayyan ada goyang sikit..  Tapi x sampai ke tahap cabut.  Yg lain semua ok..

Habis di Klinik Gigi.. Rayyan sambung lawatan ke Pejabat Mama.. pejabat Mama atas klinik Gigi ja.. Hehe


Rayyan makan Mee..Auntie Jea belanja. Suka la tu bila org puji kuat makan.  😂😂

Sepanjang Rayyan di Pejabat Mama.. Rayyan suka explore semua tmpt.  Dan paling suka main dgn Kakak Yayan.. (Nama Timanagan Farziyanti)

Cc : Cikgu Fizah, Rayyan asyik tanya cikgu mana? Masa di pejabat ari tu.

😀😀

Lepas hari tu... Hari² mau ikut mama pegi Pejabat.  Mana boleh selalu Nak.. 😂😂

Ok la.. Nanti sy cerita lg pasal the AG's ya. Bye..

Mama Rayyan



27 Mar 2015

PERSEDIAAN MENYAMBUT 2ND BABY ~NURSING~

Hai....
Salam Jumaat yang Indah ini..

Why 2nd Baby baru nak post...hehehe sebab masa mengandungkan Rayyan dulu mood mengarang aku takde langsung...

Ok malas nak tulis banyak2 So jom tgk barang keperluan menyusu untuk 2nd baby nanti versi aku..

1.  BOTOL SUSU
Kalau nak cakap pasal Botol susu ni...banyak sangat Botol susu yang comel2, branded and yang havoc gitu..
but i really like Pigeon Prelastic Plus mcm kat bawah ni pasal Rayyan suka botol ni walaupun design dia amat boring kan... yg penting anti colic, puting lembut dan tahan lama.

2. REPLACEMENT PIGEON TEETH (PRELASTIC PLUS)
Dah beli botolnya...kena beli replacement teeth pula... aku jenis yang tak nak kerja 2 3 kali..so aku beli replacemnt teeth semua size skli..

3. PACIFIER PIGEON
Aku bukannya galakkan mak2 kat luar sana beli Pacifier ni...tapi bagi aku berguna juga di saat2 kecemasan contohnya masa nak buat susu or nak tggu EBM tgh dipanaskan...kalau dapat baby jenis tak sabar nak nenen...trpksa tipu dlu lah... Aku bli jenis puting rubber coz lembut and baby suka,
4. BOTTLE STERILIZER AND WARMER
Dua benda ni memang amat penting sebab aku dah penah rasa tak beli masa Rayyan baby and fully Breastfeeding dulu.. nak tau napa? sebab benda ni akan menyenangkan kerja ibu2..apa lagi ibu beranak dua ni...

Bottle Warmer Car and Home pun ada jugak kalau nak beli
5.NURSING COVER
Bagi yang nak menyusukan babynya  sepenuh masa..Nursing Cover ni kena ada..boleh juga cover pakai selendang but kadang2 ada baby yg rimas coz pengudaraan..Nak menyusukan baby kat mana2 pun boleh. Takde lah orang pandang2 jeling2.. tapi even dah pakai Nursing Cover pun diorang masih pandang semacam jer...seolah2 mcm kite ni tengah bogel,..

6.BREAST PUMP MANUAL OR LETRIK
Breast pump amat penting untuk ibu2 yang full time BF baby..coz ko nak perah pakai tgn sakit woooo..hehe walaupun pengeluaran ebm melalui senaman tgn lebih banyak...siapa pernah cuba? hehe.. aku ada yg letrik punya jenama Snow Bear tapi kini aku nak beli manual pula..senang nak bawa sana sini..



Madela antara yang terbaik...tapi mahal gilor

7. DISPOSABLE BREAST PAD
Ini khas untuk BF mummy ya...kalau takde ni memang kena ganti Bra 2 3 kali

8. BOTTLE FLUSK



9. FLUSK
Banyak Jenis kan....pilihlah yang senang nak bawa


10. CLEANSER (BOTTLE)

11. DRYING RACK (BOTTLE)


12. BERUS BOTOL


p/s Ada yg aku lupa tak... hehe
ok selamat shopping ya..ini Versi Aku..Versi Korang aku tak tau...hehe


24 Mar 2015

23 Minggu - Mak Buyung Story

Sambil diiringi lagu2 dub dub dub dub....fefeling tgh workout ni...miahahaha




Now Baby dalam Perut dah aktif sgt begerak... sekejap2  kicking..
Tym Mama dia Nak Tido Nak Rehat dia bawa Main....tengah taip ni pun dia tgh kicking...
Ohhh Baby...tak sabar rasanya nak tau boboy ke Gegel....

Perut sy dah kelihatan besar dan Full..jalan dah macam itik,,,nak bjalan takde keperluan memang jangan haraplah...

Wahai lah Anak...membesarlah dengan sihat ya....mudah2an menjadi anak yg baik kelak.

Agak2 Baby dalam perut ni besar ni tak?



Nak tau lebih Lanjut 23 Minggu BACA kat SINI


13 Mar 2015

BERHUTANG DENGAN ANAK-ANAK

hai..... Sebenarnya aku nak mencoret pasal tajuk kat atas ni.... Hutang dengan Anak??? ya...memang ada sebagai ibu bapa yang bekerja aku sebenarnya banyak hutang dgn anak aku... Hutang CINTA...Hutang KASIH SAYANG dan Hutang PERHATIAN pada anak aku... Bila balik kerja al maklumlah penat tak usah cakap lah dengan perut memboyot lagi... nak kena layan anak nak tengok si kecik tu merayap ntah ke mana... dan bila tiba dah tahap geram sebab asyik nak bangun ambik dia jer mula lah suara aku ni nak tinggi..nada berubah jadi nada yang geram...padahal anak tu tak faham pun dan  tak mengerti pun apa yang kita bebel...bila dia menangis dan takut dengan suara maknya macam mak singa dia takkan lari kat siapa2 juga...mesti datang dkt maknya minta peluk dan ditenangkan... begitu besar rasa CINTA dan KASIH SAYANG dia dekat ibu bapanya kan..walaupun dah kena marah... rasa bersalah sangat2 dgn Rayyan....




Bila dia dah tidur nyenyak.... kadang2 sebak rasa bila tgk anak... tetiba terlintas dkt fikiran...Anak ni Amanah Allah... dipinjamkan oleh Allah utk kita...bila2 masa jer Allah nak ambil balik.... tak dapat bayangkan macamna hidup aku tanpa Buah Hati ku ni.... semoga Allah sentiasa lembutkan hati dan percantikkan tuturku pada anak2 kelak... aku tak nak anak aku membesar dgn rasa dendam...
Emosi bebenor bila bab Anak...4 tahun aku tunggu anugerah ni takkan aku nak sia2 kan... sebagai ibu bapa byk lagi yang aku perlu pelajari... byk lagi kelemahan aku... semoga Allah sentiasa membimbing aku....Amin....

Rayyan..
Mama syg sgt dgn Rayyan
Maafkan Mama sebab byk sgt hutang mama dgn Rayyan...
Lepas ni InsyAllah Mama cuba elakkan supaya takda hutang dengan Rayyan lagi
Takpa lah penat lelah tu belakang kira kan Nak....






Seronok tengok anak Happy kan....

Bila tengok gambar anak ni...tak sabar nak balik,,,nak pelok cium gomol anak ...

Buat Ibu2... ingatlah maybe kita ada hutang dkt anak2 kita...cuba2 kenangkan balik Ya...



My Husband Job.

Hai... Terima kasih sudi baca. Soalan lazim pada para isteri selalu selain anak berapa orang mesti risik laki kerja apa kan..?? Sy se...